Main » Articles » Articles » Stories |
Lawaknyer...
Kisah Asma memang teramat menyedihkan. Ni pulak kisah kami. Nak kata sedih pun boleh, lucu pun boleh. Apa-apa je lah. Kisahnya gini. Dua bulan lepas dia sakit tenat. Setelah puas keluar masuk hospital akhirnya anak-anak kesayangannya menjadi bosan. Maka kami tawar diri untuk memeliharanya bersama suaminya, atas dasar kasih dan perikemanusiaan. Cukup siksa melayan kerenah dia rupanya. Keuzuran telah merubah bukan saja fizikal tetapi juga mental dan rohani. Kerana separuh nyanyuk maka bermacam-macamlah kesusahan yang datang darinya. Namun kami tetap menjaga dan merawat. Hingga akhirnya dia pulih dan pulang semula ke pangkuan anak-anaknya. Hari ini kami sekeluarga tidak semena-mena dituduh mencuri wang mereka suami isteri. Maka saban harilah kami mendapat panggilan telefon dan sms yang memaki dan menghina dari pihak sana, menuntut agar kami kembalikan wang itu. Walau bagaimana sekali pun kami mempertahankan kebenaran kami, mereka tetap memilih untuk lebih mempercayai kata-kata orang tua yang dah luput daya ingatannya. Gitulah dunia. | |
Views: 927 | Comments: 1 | Rating: 0.0/0 |
Total comments: 1 | |
| |