Saturday, 21/12/2024, 11:15:40 PM
Welcome, Guest
Main » Articles » Articles » Stories

Kembali 6
Semalam, Khamis 26 Januari 2012 bersamaan 2 Rabiulawal 1433. Dah sehari mak pergi, tiba-tiba petang ini selepas solat Asar hatiku dilanda rasa rindu yang teramat sangat pada mak. Lalu bercucuranlah air mata gugur ke bumi, menggigil mengeletar seluruh tubuh. Ku suarakan rasa hatiku di Facebook. Malamnya, ketika mengambil wuduk untuk solat Maghrib, aku diselubungi oleh bau kabur barus yang semerbak mewangi. Anakku menyuarakan perkara yang sama, juga suamiku. 'Bukan di dapur je mak,' kata anakku,'di merata-rata rumah..' Suamiku berbisik, 'Ada nas yang menyatakan roh dibenarkan pulang menziarahi sesiapa yang dia ingini dalam 3 hari selepas kematian.' Wallahua'lam.
Selesai saja kami solat Maghrib berjemaah, suamiku mengajak aku dan anak-anak membacakan tahlil untuk mak. Di dalam bilik yang sekian lama dihuni mak dan abah tiap kali dia menziarah kami di Penang. Bilik itu juga tempat dia menghabiskan sebahagian dari detik-detik akhirnya di dunia ini.
Kami mulakan dengan Al-Fatihah, diikuti oleh Al-Ikhlas 3x, Al-Kafirun, dan An-Naas. Kemudian 100x tahlil Laailaahaillallah. Kemudian Al-Fatihah lagi, dan Yaasin. Akhir sekali doa untuk arwah. Mungkin mak ada di sekitar kerana aku kerap merasai hembusan angin yang lembut dingin di sisiku, keluargaku turut merasainya, namun sedikit pun tiada rasa seram, cuma damai yang menggetarkan jiwa.
Adakah mak ku pulang menziarahi kami malam itu? Jika benar, alhamdulillah, jutaan syukur ke hadrat Ilahi. Kerana sesungguhnya aku teramat rindu padanya... T_T Lalu kuambil kembali Al-Quran, dan membaca surah yang mak gemari, khas untuk mak. Al-Mulk, buat menemani mak di alam sana, sebagai pengganti diriku.
Petang ini, angin rindu muncul kembali. Wahai Allah, damaikanlah hati ini, ubatkanlah rinduku. T_T. Amin.
Category: Stories | Added by: You (27/01/2012)
Views: 1422 | Comments: 1 | Tags: Ibu, fatihah, rindu, ikhlas, yaasin, kafirun, pulang, tahlil, mak, ROH | Rating: 0.0/0
Total comments: 1
1 Scha  
0
kat sini takde roh opah. ade roh budak kecik >_<

Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]