Friday, 26/04/2024, 6:51:06 AM
Welcome, Guest
Main » Articles » Articles » Stories

Kembali 5
Sehari saja mak di rumah adik, esok dah dimasukkan semula ke hospital. Kami dapat berita pun dari anaknya N, sebab hantar sms pada adik tak berbalas, call handphone pun tak diangkat. Maka kerja kami tiap hari selama seminggu mak di Ipoh ialah call N, yang sentiasa ada di rumah, untuk dapatkan perkembangan lanjut. Nak cakap dengan abah pun tak boleh, sebab abah tak dengar, dah kurang pendengaran. Ujung minggu tu kami tak balik ke Ipoh sebab baru je Selasa lepas ke sana, penat pun belum hilang. Kami berdua pun dah tua, tak dapat travel kerap lagi macam dulu. Mungkin adik lupa tu agaknya, dia ingat kami berdua ni sihat kuat buat selama-lamanya. Cuti raya Cina terpaksa uruskan rumah kat Taiping dah kene serang dek anai-anai. Seharian di situ, dekat malam baru selesai, nak juga jenguk mak, rindu pada mak, Allah je yang tahu, tidak pernah ada sedetik pun lupa atau tidak rindu padanya. Tapi mengenangkan perangai S yang sangat-sangat tidak mengalukan kehadiran kami, kami pilih untuk telefon bertanya kabar saja. Adik kata mak baru je keluar hospital. Itu je katanya, tak pulak dia ceritakan pada kami keadaan mak, makin baik ke makin teruk ke. Tak faham apa masalahnya. Sangat tidak bekerjasama pada saat-saat genting ini. Lalu kami pulang saja ke Penang, sebab esok hari kerja, anak-anak yang pulang bercuti raya cina pun nak pulang ke kampus esok.
25 Januari 2012. Rabu 1 Rabiulawal 1433. Kul 1 tengahari. Baru je dapat sms dari anak di KL, memberitahu dah sampai KL. Kemudian telefon rumah berdering. Sebaik je diangkat, terdengar suara adik bertempik, 'Hei, kenapa kamu tak balik tengok mak semalam hah?' Tak menunggu aku menjawab, dia terus menengking dan memaki, lalu aku letakkan gagang, malas nak layan orang emo. Telefon berbunyi lagi tapi aku tak angkat, malas nak gaduh. Kali ketiga berbunyi, anakku berkata, 'Mak tengok le dulu siapa yang call tu, mungkin bukan paksu..' Rupanya betul, bukan adikku, tapi suamiku, untuk menyampaikan berita yang mak telah meninggal dunia baru sekejap tadi. Innalillah hiwainna ilaihi roji'un... Tak dapat meneruskan makian padaku, adik call pulak suamiku, tapi kerana segan, dia go straight to the point memaklumkan tentang pemergian mak. Komen suamiku, 'Orang dalam keadaan gini sepatutnya tambahkan zikir dan ibadah untuk disedekahkan pada arwah, bukan cari gaduh sama adik beradik..'
Berita pemergian mak tidak terlalu memeranjatkan kami kerana memang dah dijangkakan. Aku tidak terlalu sedih kerana mak dah terlalu lama menderita, kesengsaraan mak telah lama memilukan aku. Sekurang-kurangnya kesakitannya di dunia telah pun berakhir. Cuma aku akan rindu, teramat rindu padanya. T_T
Pukul 4 petang kami sekeluarga tiba di rumah mak di Keledang Jaya, kerana abah mahu jenazah mak diuruskan oleh jiran-jiran mereka di sana. Adik sedikit pun tidak menyambut kami, tapi kami hanya menganggap dia sedang sibuk dengan urusan pengkebumian. Rupa-rupanya mak telah selesai dimandi dan sedang dikapan. Sekali lagi kami terkesima. Kenapa adik buat begitu, tidak menunggu sehingga kami sempat tiba. Apa yang dimarah sangat pada kami sehingga telefon bertanya pun tidak. Jika sedikit saja kami lewat tidak sempat aku mengucup arwah mak. Tapi Allah Maha Pengatur. Sebaik sahaja aku bersimpuh di sisi jenazah mak, pengurus jenazah mengumumkan, 'Siapa yang nak lihat arwah kali terakhir, silalah..' Alhamdulillah, aku jadi orang pertama yang mencium mak. Wajah mak amat berbeza dari kali terakhir aku melihatnya. Tiada lagi keriut kesakitan, sebaliknya wajah yang tenang damai, umpama tidur yang lena. Aku bisikkan pada mak, 'Mak, tidurlah, rehatlah, mak pergi dulu ye, kelak adik datang menyusul..' Sayangnya pada mak.
Urusan pengkebumian mak berjalan dengan cukup lancar. Alhamdulillah aku dapat turut bersama melaksanakan solat jenazah untuk mak. Cuaca terang benderang, cepat sahaja mak dikebumi dan ditalkinkan. Tapi ramai yang lewat tinggalkan kawasan kubur, sebab tiba-tiba masing-masing ada orang yang perlu dijumpa. Kawan dan jiran lama baru ditemui hari itu. Sepupu-sepapat saudara-mara, bertanya khabar, bertukar berita, tiba-tiba menjadi meriah tanah kubur yang biasanya sepi itu. Hampir Maghrib baru kami sekeluarga pulang ke Keledang. Tapi kami terus ke masjid untuk majlis doa selamat arwah mak. Bertemu saudara mara dari Kelantan dan KL, kami terus di situ hingga masuk waktu Isya. Selepas Isya barulah kami 'memberanikan' diri ke rumah abah yang kini dihuni juga oleh adik sekeluarga. Kami malas bergaduh dengan orang, lagi pun kesian pada mak, baru je meninggal anak-anak dah buat hal. Alhamdulillah masih ramai sepupu-sepapat di situ, jadi tak perlulah kami layan nonsense S. Hampir tengah malam barulah masing-masing mula beredar, kami antara yang terakhir. Waktu kami pulang, hanya adik dan anak lelakinya A datang menghantar, S menghilangkan diri bersama anak-anaknya yang lain. Sebelum tu aku terserempak dengan anaknya N, dalam perjalananku ke bilik air. N hanya tersenyum, kebiasaannya N amat peramah dengan ku, tapi kali ini dia kelihatan tersipu-sipu dan serba salah, tidak bercakap sepatah pun, seolah-olah telah dilarang untuk bercakap dengan kami. Pelik betul le S ni. Anak yang elok bersopan santun berbudi bahasa diajarkan supaya kurang ajar. Kelak memakan dirinya sendiri nanti. Dia lupa yang ikatan dia dengan adikku dan keluarga kami hanyalah sekadar nikah. Jika hilang ikatan itu, dia tiada sebarang hak lagi atas keluarga ini. Juga ke atas harta abah. Mungkin ini yang didambakannya sejak dulu, siapa tahu. Yang pasti, dia amat bimbang jika mak atau abah lebih sayangkan aku. Haih. Komen suamiku (yang amat jarang mengomen sebab peel lelaki tak banyak cakap kan), 'Kesimpulannya S ini ialah seorang perempuan miskin yang buruk perangainya.' Kua3.
Category: Stories | Added by: You (27/01/2012)
Views: 1296 | Tags: sakit, kubur, abah, adik, suami, talkin, mak, perangai, majlis, buruk | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]