Main » Articles » Articles » Stories |
Kembali 2
2 Januari 2012. Mak di rumah kami di Penang. Terlalu uzur hinggakan nak pusingkan badan di atas katil pun nampak susah dan menyakitkan. Namun amat ketara hatinya gembira bersama kami. Sedih melihat mak cuba bangun untuk berbual tapi tidak mampu. Semua menyangka mak dah separuh nyanyuk, sebab adakalanya dia faham cakap kita, adakalanya dia 'hilang' dalam dunianya sendiri. Suamiku sediakan air penawar dengan air zam-zam yang baru tiba dari Mekah. Air zam-zam dan ole-ole dari Mekah khas untuk mak dari wakil Tabung Haji yang melaksanakan upah Haji untuk arwah mak tok (ibu mak) pada musim haji tahun 2011. 2 hari lepas itu mak lebih sihat dan kuat, sudah boleh pusingkan badan dengan mudah, alhamdulillah. Percakapan makin jelas. Dan yang paling menggembirakan, tidak nyanyuk rupanya. Dulu ketika di rumah adik, ku lihat isteri adik (kita namakan dia S je lah)bercakap dengan kuat, hampir mengherdik, layan mak macam budak kecik yang tidak tahu apa-apa. Ternyata mak sebenarnya tidak nyanyuk, tapi dek kerana terlalu lemah jadi kurang daya berfikir, itu saja. Kesian mak. Syukur mak sekarang bersama aku, aku mahu menatangnya bagai minyak yang penuh. Kain selimut milik mak sudah masam hapak, entah berapa lama tak dicuci ketika di Ipoh. Tiap hari ku cuci, letak Softlan bagi wangi. Mak pun perasan kain selimutnya dah wangi sebab pernah sekali aku lihat mak meraba dan mencium kain tu. Gigi palsunya kutanggal untuk dicuci, ada macam-macam sisa saki baki makanan dan ubat, entah berapa lama tak dicuci. Kesiannya mak. Ketika tinggal dengan adik di Ipoh mak pernah kena stroke, dan antara kesan stroke adalah kesukaran menelan. Maka aku sediakan makanan lembut yang dikisar untuk mak. Ubatnya dilarutkan dalam air terlebih dahulu sebelum diberikan melalui picagari. Air zam-zam menjadi minuman utama. Aku pastikan tiap hari mak diberikan 6 scoop susu Ensure, sebahagian dalam bentuk minuman, sebahagian diletakkan dalam makanan. Terpaksa buat begitu, sebab mak paling tidak gemar minum susu. Berikan mak habbatul sauda, sebagai penawar juga untuk mendapat pahala amalan sunnah. Radio sentiasa berkumandang dengan bacaan ayat Al Quran, 24/7. Surah Yaasin sebagai penenang. Surah Al Mulk, sebagai teman di kubur kelak. Surah Al Baqarah, untuk pertahanan dari gangguan jin dan syaitan. Surah Al Israa, untuk rawatan stroke. Silih berganti dengan mp3 player. Supaya mak sentiasa mendengar ayat-ayat suci, mendapat pahala sentiasa. InsyaAllah. Mak mengadu tubuhnya gatal-gatal, rupa-rupanya tidak dicuci bersih sewaktu lampin diganti ketika di Ipoh. Aduhai, kesiannya mak. Apa kenalah dengan perempuan seorang tu. Dulu dia yang beria-ria sangat nak menjaga mak, katanya,'S takde peluang pelihara mak sendiri dulu, jadi bagi le S jaga mak yang ni, ye..' Amboi manis kemain bunyinye, sampai terpedaya kami semua. Rupa-rupanya hangat-hangat taik ayam je. Pada dia menjaga mak ialah mencampak mak ke hospital, itu je. Ketika ini baru le mak menyatakan kisah sebenar kehidupan dia di Ipoh. 'Bukannya dia jaga aku,' kata mak, '..dia tinggalkan je kat anak-anak dia..' Berapa umur anak-anak yang disuruh menjaga kedua orang tua tu? 13 dan 15 tahun. Dan waktu tu juga baru aku tahu yang mak tidak diberi makan ubat dengan sempurna pun di sana, sebab terlalu banyak ubat jantung dan stroke yang berbaki di dalam beg mak. Patut le kena stroke. Adoi la. Apa-apa pun mak kini dengan aku, insyaAllah I'll make up for what was lost. 2 minggu terakhir mak bersamaku, waktu paling bahagia dalam hidupku. Waktu mengganti lampin, waktu yang paling aku nantikan, kerana dapat menyentuh dan membelai tubuh mak. Mak menangis tiap kali lampinnya diganti, katanya, 'Mak menyusahkan adik..' Ini satu perkara aneh kerana dulu mak panggilku 'Ti', macam orang lain. Tapi 2 minggu ini dia panggilku 'Adik'. Mula-mula dulu, ketika masih menyangka mak nyanyuk, ku fikirkan mak dah alami delusion. Rupa-rupanya tidak Itulah panggilan manjanya pada ku ketika aku kecil. Someone told me later that it's normal for dying people to go back in time, to younger, happier days. T_T Aku bisikkan pada mak, 'Tak, mak tak susahkan adik. Adik bahagia dapat buat semua ni. Mak jangan sedih, patutnya mak gembira kerana jadi penyebab adik mendapat banyak pahala dari Tuhan..' Lepas tu kurang le tangisan mak, walaupun masih menangis, sebab mak memang kuat menangis orangnya. Mak pernah bercerita yang waktu kecil mak dipanggil 'Ah cembeng, 'Ah lembik, kerana kuat menangis. Sayang mak.. Beberapa permintaan dari mak yang waktu tu dikira aneh. Mak minta aku cucikan alat-alat sulitnya bersih-bersih, kerat mana yang patut, kuku dan sebagainya. Ku katakan aneh kerana mak amat pemalu orangnya, sebelum ini tidak akan mendedahkan tubuhnya pada sesiapa pun, walaupun perempuan. Waktu ini dalam hatiku mula berdetik, adakah mak bakal meninggalkan kami tak lama lagi? Untuk menghilangkan kerisauan hati, aku bergurau dengan mak ketika mengerat kukunya. 'Tengoklah mak, anak mak ni dah tua. Lampu dah pasang, siang hari lagi, tapi nak kerat kuku mak pun tak berapa nampak. Takut terkerat isi..' Mak senyum, tapi senyuman yang kurang jelas kerana berbaur kesakitan. Kesian mak. | |
Views: 1221
| Tags: |
Total comments: 0 | |