Friday, 15/11/2024, 2:52:13 PM
Welcome, Guest
Main » Articles » Articles » Stories

Arwah Adelia bt Fariza
Saya memang suka menjaga bayi. InsyaAllah kiranya saya diberikan kerja menjaga bayi-bayi di taska, saya akan jaga mereka dengan penuh hati-hati, sama seperti saya menjaga Alisha anak saya.

Tetapi bagaimana pula dengan pekerja-pekerja taska yang lain? Adakah mereka sama seperti saya? Inilah yang menyebabkan saya berfikir dua tiga ratus kali sebelum membuat keputusan untuk menghantar Alisha dalam jagaan sesiapa.

Orang yang saya boleh percayai cuma ahli keluarga dan saudara-mara saya sendiri. Tapi jika berada dalam keadaan saya sekarang, tidak ada ahli keluarga terdekat yang boleh membantu, mungkin ketika kesesakan wang saya akan terpaksa melepaskan Alisha dan berdoa semoga dia selamat ketika dijaga oleh pengasuh taska.

Kisah Adelia sudah beberapa bulan terjadi, tetapi ramai yang masih belum dapat melupakan kejadian tersebut. Ibu bapanya masih cuba mendapatkan kepastian tentang bagaimana Adelia boleh menjadi mangsa. Siapakah agaknya yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh menjaga Adelia? Mengapa pula pihak taska berlengah-lengah menghantar Adelia ke hospital? Bayi yang hanya berumur 2 bulan, segala kemungkinan boleh berlaku. Kita yang menjaganya harus sentiasa berada dekat dengannya, memerhatikan segala pergerakannya.

Yang paling menakutkan, baru-baru ini saya telah dicadangkan bertanya kepada jiran jika boleh tolong menjaga Alisha ketika saya bekerja. Itu adalah perkara yang keluar daripada mulut seorang lelaki bergelar bapa, tambahan pula kepada 5 orang anak. Tidak risaukah dia meninggalkan anak kecilnya kepada jiran yang baru dikenali?

Oh, saya terlupa. Anak-anaknya semua dibesarkan oleh orang gaji dari Indonesia. Sudahlah mereka tidak rapat dengan ibu, mereka juga sudah pasti amat jauh dari bapa. Ibu dan bapa pula sibuk mencari wang yang tidak pernah cukup.

Saya merasa bersyukur mempunyai suami yang amat mementingkan soal kebajikan dan keselamatan anaknya. Oleh kerana itulah kami mengambil masa yang terlalu lama sebelum terpaksa membiarkan saya bekerja dan meninggalkan anak kami dalam jagaan sesiapa. Kalau sangat terdesak, saya akan minta pertolongan emak walaupun dia jauh di pulau. Saya tidak percayakan orang-orang asing untuk menjaga anak saya.

Alhamdullilah saya terbacakan kisah Adelia, menyebabkan saya berusaha untuk lebih berhati-hati dalam memilih taska. Biarlah Alisha besar sedikit lagi, barulah saya akan berfikir semula untuk menghantarnya ke mana-mana.


Read more:
Category: Stories | Added by: Scha (16/09/2011) | Author: mamasita-mamamia W
Views: 1265 | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]