Saturday, 20/07/2019, 2:05:18 AM
Welcome, Guest
Main » Articles » Articles » Recipes

Rendang Tok
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu atau kerbau
½ cawan cili boh / 2 sudu besar serbuk cili
1 peket kecil rempah kari daging
7-10 ulas bawang besar
6 batang serai
Lengkuas sebesar ibu jari kaki
2 inci halia
1000 ml santan pekat
4 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukupnya

Kaedah:
1. Potong daging berbentuk kiub lebih kurang saiz 2 inci x 2 inci x 2 inci. Basuh dan toskan.
2. Bawang besar, serai, lengkuas dan halia dibersihkan kemudian dikisar, jangan terlalu halus.
3. Rebus daging bersama cili, rempah daging, santan dan bahan2 yang dikisar.
4. Apabila daging empuk barulah dimasukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan kerisik.
5. Masak sehingga rending kering dan berwarna kehitaman.
6. Hidang bersama ketupat daun palas atau ketupat nasi.
Category: Recipes | Added by: Scha (06/09/2011) | Author: Teera Alwi W
Views: 817 | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]