Saturday, 20/04/2024, 1:51:19 PM
Welcome, Guest
Main » Articles » Articles » Recipes

Kuih Bakar
Bahan-bahan:
6 cawan tepung ubi – digoreng atau dijemur
½ cawan tepung gandum – digoreng atau dijemur
3 ½ cawan gula halus (kisar dahulu baru disukat)
3 biji telur
Santan pekat ikut basahnya

Kaedah:
1. Ayak kedua-dua tepung bersama gula halus ke dalam sebuah mangkuk adunan yang besar. 
2. Pukul telur sedikit, kemudian masukkan ke dalam adunan tepung.
3. Santan pekat boleh diuli terus ke dalam adunan tepung sekiranya adunan mahu dibakar terus, tetapi sekiranya adunan hendak dibakar keesokan hari atau beberapa jam selepas itu, lebih baik santan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih barulah diuli ke dalam adunan tepung.
4. Biarkan adunan selama ½ hingga 1 jam, supaya bahan2 semua sebati, barulah dicanai dan diterap dengan acuan biskut. Untuk adunan yang mahu diguna keesokan hari, masukkan ke dalam plastik dan letak dalam mangkuk bertutup tuala lembap, tidak perlu letak dalam peti sejuk.
5. Adunan perlu diuli tiap kali sebelum diterap. Makin diuli makin gebu biskut yang terhasil.
6. Sekiranya adunan terlalu keras/kering, tambahkan santan. Sekiranya adunan terlalu lembik/basah, tambahkan tepung ubi BUKAN tepung gandum kerana tepung gandum menyebabkan biskut menjadi liat.
7. Susun atas dulang yang disapu minyak, bakar dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama lebih kurang 10 minit, sehingga dasar kuih berwarna kekuningan.
Category: Recipes | Added by: Scha (06/09/2011) | Author: Teera Alwi W
Views: 1067 | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]