Saturday, 20/07/2019, 2:06:22 AM
Welcome, Guest
Main » Articles » Articles » Recipes

Biskut Bangkit Kelapa
500 g (1 kati) tepung ubi
2 cawan gula halus
2 cawan kelapa kering/kelapa parut
2 biji telur ayam
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Marjerin ikut basahnya (lebih kurang 7 sudu besar atau 1 ½ cawan)

1. Ayak tepung ubi, tepung gandum dan gula halus ke dalam mangkuk adunan besar.
2. Tambahkan kelapa dan garam. Gaul rata.
3. Telur dipukul sedikit, kemudian ditambahkan esen vanilla. Tuangkan ke dalam adunan tepung. Gaul rata.
4. Masukkan marjerin sedikit, uli ke dalam adunan sehingga sebati. Tambahkan marjerin sedikit demi sedikit, sambil adunan diuli supaya bercampur dengan sekata. Adunan jangan terlalu lembik.
5. Biarkan adunan selama ½ hingga 1 jam, supaya bahan2 semua sebati, barulah adunan dicanai dan diterap dengan acuan biskut.
6. Susun biskut di dalam dulang yang disapu minyak, dan bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah Celcius selama 10 minit.
Category: Recipes | Added by: Scha (06/09/2011) | Author: Teera Alwi W
Views: 897 | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]