Friday, 26/04/2024, 4:08:49 AM
Welcome, Guest
Main » Articles » Articles » Recipes

Ketupat Daun Palas
Bahan-bahan:
3 cawan beras pulut
3 cawan santan pekat
1 ½ cawan kacang ketupat
1 sudu teh garam
Sehelai daun pandan, diikat
30-40 sarung ketupat daun palas
Kaedah:
1. Basuh kacang dan rebus sehingga separuh empuk. Toskan.
2. Basuh pulut, kemudian tanak bersama santan, garam, kacang dan daun pandan. Tanak sehingga separuh masak sahaja. Kacau sekali sekala supaya santan tidak hangus.
3. Masukkan pulut ke dalam sarung ketupat. Apabila semua ketupat dah siap, rebus di dalam air mendidih yang cukup2 sahaja untuk menutup ketupat, jangan terlalu banyak air.
4. Tutup periuk dan rebus ketupat selama lebih kurang 2 jam sehingga kesemua air kering.
5. Keluarkan dari periuk dan toskan ketupat sebelum dihidang.
Category: Recipes | Added by: Scha (06/09/2011) | Author: Teera Alwi W
Views: 1103 | Rating: 0.0/0
Total comments: 0
Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]