Tuesday, 16/10/2018, 9:01:16 AM
Welcome, Guest
Main » Articles » Articles » Recipes

Kek Tapai Ubi
Sebab banyak sangat tapai ubi yang mak bawak sini hari tu, tertinggal kat sini, kebetulan plak aku paling tak suke tapai ubi.. terpakse la buat sesuatu daripade membazir.



Bahan-bahan

90gm tepung gandum
3 biji telur
100gm tapai ubi (bleh beli RM2 kat pasar malam)
100gm gula kastor
1/4 sudu kecil vanilla powder
1/4 sudu kecil baking powder
2 keping keju cheddar
75gm mentega

 

Cara masak

Sediakan dulu pan untuk kek tu nanti. Sapu dengan mentega atau lapik dengan baking paper. Buangkan empulur dari tapai ubi, lenyekkan. Biarkan dulu.

Kacau telur dan gula sehingga nampak gebu. Masukkan tapai ubi. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan tepung, vanilla, dan baking powder.





Kemudian masukkan mentega. Gaul sampai rata.





Masukkan keju cheddar yang telah dicarikkan. Kalau tak carik, nanti susah nak blend.



Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah celcius, dalam 35-40 minit.



Saki-baki dalam mangkuk tadi boleh la dijamukan kepada kucing-kucing atau anak-anak anda.



Rupe dia memang kurang menyelerakan. Tapi rase dia sedap! Maybe check dulu gula tu sebab kadang-kadang tapai tu sendiri dah ade banyak gula.

Selamat mencuba!

Category: Recipes | Added by: Scha (09/12/2011)
Views: 1360 | Comments: 1 | Rating: 5.0/1
Total comments: 1
1  
nak cuba tp takde tapai ubi. nnt gi KL beli byk2 tapai ubi. tapi maybe tak sempat jd kueh sbb abis kene tibai awai2 lg hehe...

Only registered users can add comments.
[ Registration | Login ]